Sejak Oktober 2013, saya mula membuat pelaburan bagi mengurangkan kos rawatan klinik / hospital anak. Saya melabur dalam pembelian meal shakes dan omega Shaklee untuk mendapatkan pulangan kesihatan yang lebih baik untuknya. Sejak dilahirkan pada Mei 2011 hinggalah ke bulan oktober 2013 amin sering diserang alahan. Setiap dua bulan sekali pasti amin diserang alahan dan agak kerap sehinggakan amin dah terbiasa mengambil nebulizer. Walaubagaimana pun selepas amin menerima serangan alahan yang teruk sehingga menyebabkan dia sesak nafas dan tidak dapat bernafas melainkan dengan bantuan oksigen, saya seolah-olah terhantuk daripada mimpi. Saat menemaninya di hospital sepanjang malam saya menemaninya dengan rasa kekesalan dan menyalahkan diri kerana tidak memberikan penjagaan yang terbaik untuknya. Alhamdulillah,selepas amin dibenarkan keluar dari wad,saya telah dibukakan hati untuk mencuba set anak cerdik dan cergas Shaklee.
Kandungan set itu terdiri daripada
Omega Guard dan Meal Shakes Shaklee.Saya memilih supplement Shaklee untuk anak
kerana produk Shaklee merupakan produk yang bersumberkan alam semula jadi dan
bebas dari bahan kimia serta selamat untuk digunakan. Omega Guard Shaklee
dihasilkan menerusi proses penyulingan poprietari 3 molekul yang mengekstrak
asid lemak omega 3 paling tulin disamping menyingkirkan bahan-bahan berbahaya
seperti plumbum,merkuri,arsenic,cadmium,dioksin dan PCB. Manakala Meal Shakes
pula mengandungi nutrisi lengkap yang mengandungu 24 jenis
vitamin,mineral,protin,zat,kalsium dan magnesium yang dapat membantu tumbesaran
dan kesihatan anak-anak.
Alhamdulillah sehingga kini
setelah hampir 1 tahun setengah selaku pengguna set anak cerdik dan cergas Shaklee,kesihatan
amin berada di tahap yang sangat baik dan jarang diserang penyakit.Rasa
bersyukur sangat, dengan sedikit pelaburan ini amin kini dapat mengeksplorasi kehidupan dunia kanak-kanaknya dengan sihat
dan penuh kegembiraan.