Monday, March 24, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU

 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi berkenaan tips penyusuan susu ibu

Tahukah anda  susu ibu mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh seorang bayi yang sihat kerana ia mengandungi 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula. Bayi yang mendapat penyususan secara ekslusif semala  bulan pertamanya  dikatakan mempunyai tumbesaran yang lebih baik dan sihat berbanding yang tidak diberikan susu ibu.

"Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006, peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus , walaupun ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama. Ini adalah di antara kadar yang paling rendah di Asia Tenggara.Kadar penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi rumusan bayi dan bijirin," " (sumber utusan malaysia)

Menurut sumber yang sama  pertubuhan kesihatan dunia (WHO ) menganggarkan kadar kematian kanak-kanak kurang 5 tahun juga dapat dikurangkan sebanyak 13% hingga 20 % sekiranya penyusuan susu ibu diberikan secara eksklusif untuk tempoh  bulan pertama bayi dan diteruskan sehingga usia 2 tahun atau lebih.


Walaubagaimanapun, saya percaya terdapat juga ibu-ibu diluar sana yang sering runsing memikirkan masalah ketiadaan / kekurangan susu badan. Berikut adalah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu tidak mencuckupi:-
  •  Merokok
  •  Mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi sehari)
  •  Penggunaan ubat penenang
  • Antihistamina atau pil perancang keluarga.
 Berbalik kepada tajuk saya tadi, tips penyusuan susu ibu. Untuk meningkatkan dan meransang lebih susu, para ibu-ibu sekalian bolehlah mencuba panduan berikut:-


  • Galakkan anak menyusu dengan lebih kerap (sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari)
  • Menyusukan bayi anda dalam keadaan selesa
  • Mengambil masa selama 30 minit hingga 40 minit bagi setiap sesi penyusuan.
  • Rajin -rajin kosongkan payu dara  (Lebih kerap bayi menyusu, lebih cepat payu dara kosong, lebih banyaklah susu dapat dihasilkan )
  • Makan makanan yang berkhasiat
  • Banyakkan minum air
Selain itu, bagi menggalakkan lagi penghasilan susu  yang banyak, para ibu sememangnya perlu memastikan pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengandungi kandungan nutrisi yang mencukupi.  Setiap hari, anda perlu makan antara 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2-3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6-7 hidangan karbohidrat seperti nasi, bijirin dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal hidrat dengan meminum sehingga 8 gelas air sehari.

Disebabkan penyususan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak jadi anda masih perlu mengambil supplemen tambahan untuk menampung keperluan zat pemakanan yang diperlukan.  Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium. 

Terdapat juga ibu-ibu yang menyatakan keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakkan amaun susu ibu. Tanggapan ini silap kerana susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. 


Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda bimbang  masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu. 

Oleh itu, bagi memenuhi keperluan  zat tersebut para ibu sekalian boleh lah mencuba untuk mendapatkan suplemen. Tapi harus diingatkan untuk membuat pilihan suplement kita seharusnya peka dan memastikan keselematan pengambilannya. Bagi anda di luar sana yang masih tercari-cari suplemen untuk penyusuan,  anda boleh mempertimbangkan produk keluaran shaklee. Kenapa saya cakap shaklee ?? Ini adalah kerana shaklee merupakan produk semulajadi. Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

    Berikut adalah set penyusuan shaklee yang dicadangkan mengikut keperluan dan kesesuaian bajet anda:-


Penggunaan set penyusuan shaklee ini memang berbalaoi  anda bukan sahaja dapat menyusukan bayi anda bahkan badan juga akan menjadi bertambah bertenaga dan sihat. Jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut dan panduan pengambilan set penyusuan shaklee, anda boleh menghubungi  / whssp saya:
 Eila pengedar shaklee pilihan anda  0186664485

COD sekitar JB,MASAI PASIR GUDANG  SERI ALAM DAN KLUANG

Perkhidmatan Pos Juga Disediakan Bagi Pelanggan Di Luar Kawasan.