Thursday, May 8, 2014

JIMAT WANG DENGAN MEAL SHAKES DAN OMEGA



    Sejak Oktober 2013, saya mula membuat pelaburan bagi mengurangkan kos rawatan klinik / hospital anak. Saya melabur dalam pembelian meal shakes dan omega Shaklee untuk mendapatkan pulangan kesihatan yang lebih baik untuknya. Sejak dilahirkan pada Mei 2011 hinggalah ke bulan oktober 2013 amin sering diserang alahan. Setiap dua bulan sekali pasti amin diserang alahan dan agak kerap sehinggakan amin dah terbiasa mengambil nebulizer. Walaubagaimana pun selepas amin menerima serangan alahan yang teruk sehingga menyebabkan dia sesak nafas dan tidak dapat bernafas melainkan dengan bantuan oksigen, saya seolah-olah terhantuk daripada mimpi. Saat menemaninya di hospital sepanjang malam saya menemaninya dengan rasa kekesalan dan menyalahkan diri kerana tidak memberikan penjagaan yang terbaik untuknya. Alhamdulillah,selepas amin dibenarkan keluar dari wad,saya telah dibukakan hati untuk mencuba set anak cerdik dan cergas Shaklee.

Kandungan set itu terdiri daripada Omega Guard dan Meal Shakes Shaklee.Saya memilih supplement Shaklee untuk anak kerana produk Shaklee merupakan produk yang bersumberkan alam semula jadi dan bebas dari bahan kimia serta selamat untuk digunakan. Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi proses penyulingan poprietari 3 molekul yang mengekstrak asid lemak omega 3 paling tulin disamping menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenic,cadmium,dioksin dan PCB. Manakala Meal Shakes pula mengandungi nutrisi lengkap yang mengandungu 24 jenis vitamin,mineral,protin,zat,kalsium dan magnesium yang dapat membantu tumbesaran dan kesihatan anak-anak.


Alhamdulillah sehingga kini setelah hampir 1 tahun setengah selaku pengguna set anak cerdik dan cergas Shaklee,kesihatan amin berada di tahap yang sangat baik dan jarang diserang penyakit.Rasa bersyukur sangat, dengan sedikit pelaburan ini amin kini dapat mengeksplorasi  kehidupan dunia kanak-kanaknya dengan sihat dan penuh kegembiraan.











Tuesday, May 6, 2014

SHAMPOO SHAKLEE

REVITALIZING SHAMPOO

Anda mengalami masalah keguguran rambut / rambut berkelumumur. Kerosakan rambut bukan sahaja akan menjejaskan penampilan anda bahkan ia juga boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang.

Untuk makluman anda, 50 % daripada lelaki akan mengalami masalah kerosakan rambut manakala 40 % daripada wanita pula juga akan mengalami masalah berkaitan penipisan rambut mereka pada usia 35 tahun.  Punca utama kerosakan ini adalah disebabkan diet yang tidak sihat, kurang nutrisi, proses kimia (mewarna, proses kerinting dan meluruskan rambut) alat pengeringan rambut, stress dan kekangan masa.

Seperti anda semua, Eila juga mengalami kegusaran ini sehingga adakalanya menjadi runsing memikirkan masalah rambut. So far Kulit kepala Eila bersih Cuma masalah utama Eila adalah rambut yang tidak kuat dan keguguran rambut yang ketara. Sampai satu tahap tu Eila  rasa macam fobia nak cuci rambut sebab setiap kali cucian rambut menggunakan shampoo pasti kelihatan keguguran rambut yang banyak di lantai bilik mandi.  Namun begitu, masalah Eila ini Berjaya jugak akhirnya Eila selesaikan dengan penggunaan produk daripada Set Prosante SHAKLEE.


   Prosante adalah set perawatan rambut oleh SHAKLEE yang mengandungi 5 produk utama iaitu Nourishing Scalp Treatment,Revitalizing Shampoo,Purifying Shampoo,Leightweight Conditioner,Replenishing Conditioner & Long Lasting Finishing Spray. Eila menggunakan Revitalizing shampoo untuk penggunaan harian. Revitalizing shampoo ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut kering sehingga ke rambut normal. 



SSeperti yang kita semua tahu rangkaian produk Shaklee ini berasaskan bahan semula jadi dan selamat untuk digunakan.  Revitalizing Shampoo adalah shampoo keluaran Shaklee yang dihasilkan daripada  humectants dan protin yang berasaskan sayuran untuk kutikel rambut yang licin.

Eila memang suka shampoo rambut setiap pagi, kalau sehari tu tak shampoo rasa tidak selesa sangat, so dengan Revitalizing shampoo ini, Eila  bukan sahaja dapat  kurangkan rambut kusut bahkan juga dapat mengekalkan keseimbangan kelembapan rambut dan kilauan.

Setiap cucian rambut dengan gel lutsinar dan haruman fresh daripada revitalizing  shampoo akan membuatkan anda rasa rambut anda lebih bersih, kuat, tidak mongering dan menyegarkan. Untuk kesan yang lebih baik disyorkan anda menggunakannya bersama-sama Lightweight Conditioner yang turut membantu dalam memberikan volum dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut.


Bagi anda yang masih tercari-cari shampoo terbaik untuk mengatasi masalah rambut anda, pastinya Revitalizing shampoo adalah pilihan yang tepat. Untuk info lanjut berkaitan produk atau panduan penggunaan anda boleh berhubung terus atau whssp EILA ditalian 0197360485. Tawaran harga ekslusif bagi pelanggan-pelanggan dhia.com

Saturday, May 3, 2014

PROMOTION MEI MEAL SHAKE SHAKLEE




Meal Shake merupakan produk nutrisi untuk kanak-kanak yang boleh digunakan bersama-sama untuk seisi keluarga.  Ianya selamat digunakan untuk bayi berusia setahun ke atas sehinggalah orang dewasa. Meal Shake ni merupakan sumber protin yang mengandungi 24 jenis vitamin mineral, dan zat.

Meal Shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kacang soya lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.  Lactalbumin adalah bahan yang mengandungi organism protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam system tubuh daripada peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Meal shake Shaklee ini dihasilkan untuk semua golongan:-
·       Bayi
·       Pelajar
·       Kanak –kanak membesar
·       Ibu Mengandung
·       Para Atlet
·       Vegetarian
·       Orang Sakit
·       Orang yang sibuk bekerja
·       Orang yang selalu mengambil makanan segera.

Kelebihan Meal Shake Shaklee

  •  Nutrisi lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin, mineral, zat, lecithin soya  yang   akan bekerjasama dengan   vitamin larut minyak.
  •  Kaya dengan sumber protin yang akan membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku rambut, organ, darah, dan imun.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kalsium, magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel serta tumbesaran anak-anak.
  • Kaya dengan serat larut yang membantu membuang minyak-minyak berlebihan
  •  Melawan jangkitan serta melewatkan penuaan kerana mengandungi vitamin A,C, E, Zink dan selenium.
  • Menaikkan seri wajah kerana mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang akan memberikan kompleksi wajah/ kulit yang lebih cantik.
  • Meningkatkan selera makan anak-anak.


Kesimpulannya Meal Shake Shaklee sememangnya mengandungi khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh seisi keluarga. Penggunaan Meal Shake memang berbaloi untuk  kesihatan badan, kecantikan kulit dan meningkatkan imunisasi kanak-kanak. Untuk kesan yang lebih baik kepada anak- anak mommy-mommy bolehlah mencuba set anak sihat dan pintar iaitu gabungan Meal Shake Shaklee dan Omega Guard.

Untuk cara bancuhanya mommy-mommy sekalian bolehlah mencampurkan Meal shake Shaklee dengan ESP dan buah-buahan yang dikisar. Dengan berperisa vanilla ianya pasti enak diminum dalam air sejuk mahupun panas.


#Pelaburan Bijak Untuk Kesihatan Masa Hadapan Seisi Keluarga #


Mari Menyusun Pakaian

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini saya maybe tersimpang jauh sikit daripada info berkaitan kesihatan or suplemen. Hari ini saya sharing sedikit kaedah menyusun pakaian dengan lebih kemas. Mengapa saya sharing ini, sebab saya rasa ramai mommy-mommy di luar sana yang pastinya selalu stress dengan keadaan dimana baju yang baru disusun di almari diselerakan setiap kali anak-anak mengambil pakaian.

Untuk Eila, anak -anak masih kecil pastinya belum pandai nak mengambil pakaian sendiri, so yang selalunya menyelerakkan pakaian di dalam almari pastinya my En Hubby tak pun diri sendiri. Specially bila nak cepat cari pakaian. Sebab ramai dikalangan kita biasanya akan menyusun pakaian di almari seperti ini, termasuk Eila sendiri.


Mula-mula memanglah kemas, tapi tak sampai beberapa minit almari pasti dah berselerak bila ada yang start tarik pakaian. Uurrgg.. memang geram penatnya kita mengemas senang-senang je kan. Stress tak bagus untuk kesihatan, ingat tu!! So bila masalah dah jadi kita kenalah cari penyelesaiannya. 


Seperti biasa kita Tanya pada uncle google lah. Bila dah buat searching , memang ramai yang berkongsi kaedah menyusun pakaian, tapi Eila tertarik kepada insprirasi yang dikongsi oleh sister ni. Inspirasi ni Eila dapat daripada blog http://kebuncintasaya.blogspot.com/, kreadit untuk sis ni, dia punya lebih kemaslah. Jom kite overview sikit contoh yang telah sis ni buat :-

Ini contoh yang sis ni buat,kaedah ni boleh mengelakkan daripada baju berselerak selepas disusun. Sis ni dia susunkan semua pakaian di dalam kotak dahulu kemudian masukkan ke dalam almari.



Dah kata tadi kan itu inspirasi kan, so eila olah sikit idea tu mengikut kesesuaian eila. Disini Eila kongsikan sikit cara susunan yang telah Eila buat petang tadi..Tadaa.. sila abaikan ye mana-mana bahagian yang tidak kemas. So, untuk para mommy-mommy diluar sana bolehlah cube ye.. saya cuma kongsikan sedikit idea.. semoga idea ni dapat membantu anda semua..

Thursday, May 1, 2014

SET KEGUGURAN RAMBUT

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua, entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit info yang berkaitan permasalahan keguguran rambut dikalangan lelaki dan wanita. Tahukah anda hampir 90 peratus rambut di kulit kepala ini akan tumbuh berterusan dimana fasa ini akan berlaku dalam tempoh 2 hingga    6 tahun. Manakala 10 peratus lagi rambut di atas kepala kita ini akan berada dalam fasa rehat yang hanya akan bertahan antara dua hingga 3 bulan.  Ketumbuhan rambut mengikut putaran ketumbuhannya mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun. Sehelai rambut memanjang 1 sentimeter (sm) sebulan. Pada peringkat akhir tahap ini rambut akan gugur antara 50 hingga 100 helai sehari masih dianggap normal.

            Namun begitu terdapat juga keguguran rambut yang tidak normal yang menyumbang ke arah kebotakan. Terdapat pelbagai faktor penyebab kepada keguguran rambut yang tidak normal antaranya:-
·        Pergolakan harmon wanita


  • Pergolakan harmon wanita ini berlaku disebabkan putaran / kitaran haid yang tidak menentu, baru melahirkan / selepas kelahiran atau memasuki peringkat monopous.


  • ·        Penyakit Tiroid
Pengeluaran harmon tiroid yang aktif atau tidak aktif boleh menyebabkan kehilangan rambut yang banyak. Membetulkan imbangan hormon dapat membantu memulihkan keadaan. 


  • ·         Diet yang tidak seimbang
Pengambilan diet yang tidak seimbang iaitu pengambilan protein yang tidak mencukupi dan tabiat  makan yang tidak normal juga boleh menyebabkan keguguran rambut tidak normal. Ini adalah kerana rambut diperbuat daripada beberapa bentuk protin sama sebagaimana  yang terdapat pada kuku. Untuk memastikan pengeluaran rambut berlaku secara normal setiap individu haruslah memastikan jumlah protein yang dimakannya mencukupi. Protein boleh didapati daripada daging, ayam, ikan, telur, keju, bijirin dan kacang yang dikeringkan.

·        Ubat-Ubatan
Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat merawat kanser, ubat mencairkan darah, anti kemurungan, penyakit jantung, gaut, tekanan darah tinggi dan dos vitamin A yang berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut tidak normal.

·        Zat Besi Yang Rendah

Lazimnya perkara ini dihadapi oleh golongan wanita kerana  mereka akan menghadapi kehilangan banyak zat besi setiap kali pusingan haid berlaku.

·        Penjagaan rambut yang kurang sempurna

          Penggunaan produk penjagaan yang mengandungi bahan kimia boleh menyebkan rambut menjadi lemah              dan rosak.

  • ·        Panau

         Fungus yang mengakibatkan panau boleh mereba dan menyebabkan rambut terputus atau gugur.Perkara            ini biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak.
  • ·        Kerap menyikat, memberus / menggunakan shampoo


         Rambut perlu dibilas dengan menggunakan krim pencuci selepas ia di shampoo dan tindakan menggosok           rambut menggunakan tuala ketika ia basah haruslah dielakkan kerana  rambut lebih mudah rosak dalam             keadaan basah. Cara mengikat rambut yang telalu ketat juga boleh mengakibatkan keguguran rambut tidak          normal berlaku.

Bagi anda yang masih tercari-cari produk bersesuai untuk mengatasi permasalahan ini, anda bolehlah mencuba rangkaian produk SHAKLEE. Kenapa Shaklee? Ini adalah kerana Shaklee merupakan rangkaian produk yang HALAL dan SEMULAJADI, bebas daripada BAHAN KIMIA dan Tanpa PARABEN  boleh merbahayakan kesihatan kita.





Set penjagaan rambut / Set keguguran rambut ini terdiri daripada 5 produk utama iaitu penjagaan dalaman dan luaran:-


1.         ENERGIZING SOY PROTEIN




Rambut diperbuat daripada kandungan beberapa jenis protin yang sama untuk pertumbuhan kuku. ESP SHAKLEE merupakan sumber protein soya terbaik yang menyediakan 14 grm protein soya bukan GMO yang berkualii tinggi dengan 9 asid amino penting. ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol. Selain membekalkan tenaga, ia juga menyuburkan kesihatan kulit rambut kuku dan otot.

2.      VITAMIN B COMPLEX

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.  - Mudah di telan. - Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin . Manfaatnya selain dapat melawan tekanan , ia juga dapat memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban, dan mengekalkan kesihatan rambut.

3.      ZIN COMPLEX




Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian) dan Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan

4.      REVITALIZING SHAMPOO



Diformulasi dengan Humektan dan protin  bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut. Merupakan sistem pembersih yang lembut dan berpaten. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

5.      LEIGHTWEIGHT CONDITIONER

Menampilkan Scalp Health Complex yang menyerap kutikel rambut untuj mengekalkan imbangan PH dan  hidrasi kulit kepala. Bersumberkan tumbuhan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan rambut bebas kusur dan mudah diuruskan.

Untuk set premium rawatan keguguran rambut  anda boleh tambahkan Collogent Powder, bertindak membekalkan nutrisi kepada epidermis rambut, melembabkan rambut dan menghalang pepecahan rambut.

Hubungi saya untuk penerangan dan tawaran harga yang lebih ekslusif  hanya untuk pelangan-pelangan kami di diarishakleeibumin.

Untuk keterangan lanjut hubungi atau whssp sy
Eila pengedar shaklee pilihan anda
0186664485
Cod sekitar JB,MASAI, PASIR GUDANG, SERI ALAM, KLUANG
Perkhidmatan pos untuk mereka di luar kawasan juga disediakan