Thursday, November 6, 2014

Omega Guard



Minyak ikan terbaik dunia yang diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardine,mackrerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Satu sajian omega guard membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA. Ia dihasilkan menerusi proses penyulingan proprietari  tiga molekul yang mengekstrak asid lemak omega 3 paling tulen dan paling semulajadi disamping menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik, cadmium,dioksin dan PCB .

Manfaat Utama:-

  • Asid lemak omega 3 dapat membantu mengimbangi harmon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok –kandungan DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh itu, Omega Guard Shaklee ini sangat efektif dalam mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala, merendahkan kolestrol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak  janin. Omega Guard Shaklee mengandungi DHA nutrien utama untk otak, system saraf dan retina. Ianya amat penting terutama pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.
  • Meningkatkan sistem imunisasi dan menyihatkan paru-paru.
  • Menentang kanser- kandungan omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara, prostat dan kolon.
  • Memelihara fungsi –fungsi sendi kerana paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Ia boleh mencegah arthritis, memelihara fungsifungsi sendi dan gout.
  •  Mencegah Insomnia dan memelihara mengurangkan tekanan dimana kandungan EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi.


#Penggunaan harian bagi kanak-kanak 1biji sehari#



Thursday, June 5, 2014

RAWAT PENYAKIT RADANG SENDI ARTHRITIS DENGAN CARA SEMULAJADI



Penyakit Arthritis atau lebih dikenali radang sendi merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Kebarangkalian penghidap penyakit ini akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Penyakit ini lebih berisiko untuk menyerang wanita yang belum mengalami putus haid berbanding lelaki.


Arthritis terbahagi kepada 2 jenis iaitu  rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.



Rheumatoid arthritis (RA) ialah keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA.



Osteoarthritis (OA) pula terjadi akibat kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel di antara satu sama lain. Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan. Glukosamina ialah gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan (molekul karbohidrat yang melekat pada protein).

Punca penyakit rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.

Gejala penyakit rheumatoid arthritis bermula dengan rasa letih, kaku, sakit, dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid Arthritis akan menyebabkan rasa-rasa tersebut bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan serta sendi di tangan. Selain daripada siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki.



Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita. Walaupun ianya kerap menyerang individu di usia pertengahan, RA juga boleh menyerang warga emas, kanak-kanak-kanak dan belia.






Bagi anda yang masih tercari-cari shampoo terbaik untuk mengatasi masalah rambut anda, pastinya Revitalizing shampoo adalah pilihan yang tepat. Untuk info lanjut berkaitan produk atau panduan penggunaan anda boleh berhubung terus atau whssp EILA ditalian 0197360485. Tawaran harga ekslusif bagi pelanggan-pelanggan diarishakleeibumin.

Bagi anda yang masih tercari-cari suplemen terbaik untuk mengatasi masalah sendi anda, pastinya AJHT Shaklee adalah pilihan yang tepat. Hubungi / whssp saya untuk penerangan info lanjut dan tawaran harga yang lebih ekslusif  hanya untuk pelangan-pelangan kami di diarishakleeibumin.

Eila pengedar shaklee pilihan anda
0197360485
0197360485
0197360485
Cod sekitar JB,MASAI, PASIR GUDANG, SERI ALAM, KLUANG
             Perkhidmatan pos untuk mereka di luar kawasan juga disediakan


ADVANCE JOINT HEALTH COMPLEX (AJHT)









Advance Joint Health Complex mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari. AJHT Shaklee mengandungi kombinasi nutrien yang direka khas untuk kesihatan sendi yang terdiri daripada zinc,kuprum,mangganese dan vitamin C.  Ianya 100% berasaskan vegetarian dan tidak langsung mengandungi sumber haiwan.

Ekstrak boswellia yang terdapat di dalam AJHT  diperolehi dari resin pokok boswellia serrata, ekstrak botanikal yang mengandungi asid boswellik yang dapat menghalang formasi leukotrien iaitu kimia yang dihasilkan oleh badan untuk menyerang tisu badan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Ekstrak jagung pula membekalkan sumber glukosamin yang pekat iaitu satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama bagi pembinaan proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair diantara tulang yang membekalkan pelinciran. Suplemen glukosamin ini dapat membantu meningkatkan pelbagai pergerakan, mobiliti dan fleksibiliti. Vitamin C pula merupakan nutrient yang diperlukan bagi sintesis kologen. Manakala zink, kuprum dan mangganes diperlukan bagi membina tisu penghubung.



Ramuan yang dirumuskan secara saintifik ini merangkumi ramuan yang telah terbukti secara klinikan untuk member khasiat bagi :
·         Menggalakan mobiliti
·         Meningkatkan Fleksibiliti
·         Meningkatkan Fungsi sendi
·         Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.

Hubungi saya untuk penerangan lanjut dan tawaran harga yang lebih ekslusif  hanya untuk pelangan-pelangan kami di diarishakleeibumin.

Untuk keterangan lanjut hubungi atau whssp sy
Eila pengedar shaklee pilihan anda
0197360485
0197360485
0197360485
Cod sekitar JB,MASAI, PASIR GUDANG, SERI ALAM, KLUANG
Perkhidmatan pos untuk mereka di luar kawasan juga disediakan

Thursday, May 8, 2014

JIMAT WANG DENGAN MEAL SHAKES DAN OMEGA



    Sejak Oktober 2013, saya mula membuat pelaburan bagi mengurangkan kos rawatan klinik / hospital anak. Saya melabur dalam pembelian meal shakes dan omega Shaklee untuk mendapatkan pulangan kesihatan yang lebih baik untuknya. Sejak dilahirkan pada Mei 2011 hinggalah ke bulan oktober 2013 amin sering diserang alahan. Setiap dua bulan sekali pasti amin diserang alahan dan agak kerap sehinggakan amin dah terbiasa mengambil nebulizer. Walaubagaimana pun selepas amin menerima serangan alahan yang teruk sehingga menyebabkan dia sesak nafas dan tidak dapat bernafas melainkan dengan bantuan oksigen, saya seolah-olah terhantuk daripada mimpi. Saat menemaninya di hospital sepanjang malam saya menemaninya dengan rasa kekesalan dan menyalahkan diri kerana tidak memberikan penjagaan yang terbaik untuknya. Alhamdulillah,selepas amin dibenarkan keluar dari wad,saya telah dibukakan hati untuk mencuba set anak cerdik dan cergas Shaklee.

Kandungan set itu terdiri daripada Omega Guard dan Meal Shakes Shaklee.Saya memilih supplement Shaklee untuk anak kerana produk Shaklee merupakan produk yang bersumberkan alam semula jadi dan bebas dari bahan kimia serta selamat untuk digunakan. Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi proses penyulingan poprietari 3 molekul yang mengekstrak asid lemak omega 3 paling tulin disamping menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenic,cadmium,dioksin dan PCB. Manakala Meal Shakes pula mengandungi nutrisi lengkap yang mengandungu 24 jenis vitamin,mineral,protin,zat,kalsium dan magnesium yang dapat membantu tumbesaran dan kesihatan anak-anak.


Alhamdulillah sehingga kini setelah hampir 1 tahun setengah selaku pengguna set anak cerdik dan cergas Shaklee,kesihatan amin berada di tahap yang sangat baik dan jarang diserang penyakit.Rasa bersyukur sangat, dengan sedikit pelaburan ini amin kini dapat mengeksplorasi  kehidupan dunia kanak-kanaknya dengan sihat dan penuh kegembiraan.











Tuesday, May 6, 2014

SHAMPOO SHAKLEE

REVITALIZING SHAMPOO

Anda mengalami masalah keguguran rambut / rambut berkelumumur. Kerosakan rambut bukan sahaja akan menjejaskan penampilan anda bahkan ia juga boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang.

Untuk makluman anda, 50 % daripada lelaki akan mengalami masalah kerosakan rambut manakala 40 % daripada wanita pula juga akan mengalami masalah berkaitan penipisan rambut mereka pada usia 35 tahun.  Punca utama kerosakan ini adalah disebabkan diet yang tidak sihat, kurang nutrisi, proses kimia (mewarna, proses kerinting dan meluruskan rambut) alat pengeringan rambut, stress dan kekangan masa.

Seperti anda semua, Eila juga mengalami kegusaran ini sehingga adakalanya menjadi runsing memikirkan masalah rambut. So far Kulit kepala Eila bersih Cuma masalah utama Eila adalah rambut yang tidak kuat dan keguguran rambut yang ketara. Sampai satu tahap tu Eila  rasa macam fobia nak cuci rambut sebab setiap kali cucian rambut menggunakan shampoo pasti kelihatan keguguran rambut yang banyak di lantai bilik mandi.  Namun begitu, masalah Eila ini Berjaya jugak akhirnya Eila selesaikan dengan penggunaan produk daripada Set Prosante SHAKLEE.


   Prosante adalah set perawatan rambut oleh SHAKLEE yang mengandungi 5 produk utama iaitu Nourishing Scalp Treatment,Revitalizing Shampoo,Purifying Shampoo,Leightweight Conditioner,Replenishing Conditioner & Long Lasting Finishing Spray. Eila menggunakan Revitalizing shampoo untuk penggunaan harian. Revitalizing shampoo ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut kering sehingga ke rambut normal. 



SSeperti yang kita semua tahu rangkaian produk Shaklee ini berasaskan bahan semula jadi dan selamat untuk digunakan.  Revitalizing Shampoo adalah shampoo keluaran Shaklee yang dihasilkan daripada  humectants dan protin yang berasaskan sayuran untuk kutikel rambut yang licin.

Eila memang suka shampoo rambut setiap pagi, kalau sehari tu tak shampoo rasa tidak selesa sangat, so dengan Revitalizing shampoo ini, Eila  bukan sahaja dapat  kurangkan rambut kusut bahkan juga dapat mengekalkan keseimbangan kelembapan rambut dan kilauan.

Setiap cucian rambut dengan gel lutsinar dan haruman fresh daripada revitalizing  shampoo akan membuatkan anda rasa rambut anda lebih bersih, kuat, tidak mongering dan menyegarkan. Untuk kesan yang lebih baik disyorkan anda menggunakannya bersama-sama Lightweight Conditioner yang turut membantu dalam memberikan volum dan penstrukturan semula permukaan bilah rambut.


Bagi anda yang masih tercari-cari shampoo terbaik untuk mengatasi masalah rambut anda, pastinya Revitalizing shampoo adalah pilihan yang tepat. Untuk info lanjut berkaitan produk atau panduan penggunaan anda boleh berhubung terus atau whssp EILA ditalian 0197360485. Tawaran harga ekslusif bagi pelanggan-pelanggan dhia.com

Saturday, May 3, 2014

PROMOTION MEI MEAL SHAKE SHAKLEE




Meal Shake merupakan produk nutrisi untuk kanak-kanak yang boleh digunakan bersama-sama untuk seisi keluarga.  Ianya selamat digunakan untuk bayi berusia setahun ke atas sehinggalah orang dewasa. Meal Shake ni merupakan sumber protin yang mengandungi 24 jenis vitamin mineral, dan zat.

Meal Shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kacang soya lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.  Lactalbumin adalah bahan yang mengandungi organism protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam system tubuh daripada peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Meal shake Shaklee ini dihasilkan untuk semua golongan:-
·       Bayi
·       Pelajar
·       Kanak –kanak membesar
·       Ibu Mengandung
·       Para Atlet
·       Vegetarian
·       Orang Sakit
·       Orang yang sibuk bekerja
·       Orang yang selalu mengambil makanan segera.

Kelebihan Meal Shake Shaklee

  •  Nutrisi lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin, mineral, zat, lecithin soya  yang   akan bekerjasama dengan   vitamin larut minyak.
  •  Kaya dengan sumber protin yang akan membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku rambut, organ, darah, dan imun.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kalsium, magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel serta tumbesaran anak-anak.
  • Kaya dengan serat larut yang membantu membuang minyak-minyak berlebihan
  •  Melawan jangkitan serta melewatkan penuaan kerana mengandungi vitamin A,C, E, Zink dan selenium.
  • Menaikkan seri wajah kerana mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang akan memberikan kompleksi wajah/ kulit yang lebih cantik.
  • Meningkatkan selera makan anak-anak.


Kesimpulannya Meal Shake Shaklee sememangnya mengandungi khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh seisi keluarga. Penggunaan Meal Shake memang berbaloi untuk  kesihatan badan, kecantikan kulit dan meningkatkan imunisasi kanak-kanak. Untuk kesan yang lebih baik kepada anak- anak mommy-mommy bolehlah mencuba set anak sihat dan pintar iaitu gabungan Meal Shake Shaklee dan Omega Guard.

Untuk cara bancuhanya mommy-mommy sekalian bolehlah mencampurkan Meal shake Shaklee dengan ESP dan buah-buahan yang dikisar. Dengan berperisa vanilla ianya pasti enak diminum dalam air sejuk mahupun panas.


#Pelaburan Bijak Untuk Kesihatan Masa Hadapan Seisi Keluarga #


Mari Menyusun Pakaian

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini saya maybe tersimpang jauh sikit daripada info berkaitan kesihatan or suplemen. Hari ini saya sharing sedikit kaedah menyusun pakaian dengan lebih kemas. Mengapa saya sharing ini, sebab saya rasa ramai mommy-mommy di luar sana yang pastinya selalu stress dengan keadaan dimana baju yang baru disusun di almari diselerakan setiap kali anak-anak mengambil pakaian.

Untuk Eila, anak -anak masih kecil pastinya belum pandai nak mengambil pakaian sendiri, so yang selalunya menyelerakkan pakaian di dalam almari pastinya my En Hubby tak pun diri sendiri. Specially bila nak cepat cari pakaian. Sebab ramai dikalangan kita biasanya akan menyusun pakaian di almari seperti ini, termasuk Eila sendiri.


Mula-mula memanglah kemas, tapi tak sampai beberapa minit almari pasti dah berselerak bila ada yang start tarik pakaian. Uurrgg.. memang geram penatnya kita mengemas senang-senang je kan. Stress tak bagus untuk kesihatan, ingat tu!! So bila masalah dah jadi kita kenalah cari penyelesaiannya. 


Seperti biasa kita Tanya pada uncle google lah. Bila dah buat searching , memang ramai yang berkongsi kaedah menyusun pakaian, tapi Eila tertarik kepada insprirasi yang dikongsi oleh sister ni. Inspirasi ni Eila dapat daripada blog http://kebuncintasaya.blogspot.com/, kreadit untuk sis ni, dia punya lebih kemaslah. Jom kite overview sikit contoh yang telah sis ni buat :-

Ini contoh yang sis ni buat,kaedah ni boleh mengelakkan daripada baju berselerak selepas disusun. Sis ni dia susunkan semua pakaian di dalam kotak dahulu kemudian masukkan ke dalam almari.



Dah kata tadi kan itu inspirasi kan, so eila olah sikit idea tu mengikut kesesuaian eila. Disini Eila kongsikan sikit cara susunan yang telah Eila buat petang tadi..Tadaa.. sila abaikan ye mana-mana bahagian yang tidak kemas. So, untuk para mommy-mommy diluar sana bolehlah cube ye.. saya cuma kongsikan sedikit idea.. semoga idea ni dapat membantu anda semua..

Thursday, May 1, 2014

SET KEGUGURAN RAMBUT

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua, entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit info yang berkaitan permasalahan keguguran rambut dikalangan lelaki dan wanita. Tahukah anda hampir 90 peratus rambut di kulit kepala ini akan tumbuh berterusan dimana fasa ini akan berlaku dalam tempoh 2 hingga    6 tahun. Manakala 10 peratus lagi rambut di atas kepala kita ini akan berada dalam fasa rehat yang hanya akan bertahan antara dua hingga 3 bulan.  Ketumbuhan rambut mengikut putaran ketumbuhannya mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun. Sehelai rambut memanjang 1 sentimeter (sm) sebulan. Pada peringkat akhir tahap ini rambut akan gugur antara 50 hingga 100 helai sehari masih dianggap normal.

            Namun begitu terdapat juga keguguran rambut yang tidak normal yang menyumbang ke arah kebotakan. Terdapat pelbagai faktor penyebab kepada keguguran rambut yang tidak normal antaranya:-
·        Pergolakan harmon wanita


  • Pergolakan harmon wanita ini berlaku disebabkan putaran / kitaran haid yang tidak menentu, baru melahirkan / selepas kelahiran atau memasuki peringkat monopous.


  • ·        Penyakit Tiroid
Pengeluaran harmon tiroid yang aktif atau tidak aktif boleh menyebabkan kehilangan rambut yang banyak. Membetulkan imbangan hormon dapat membantu memulihkan keadaan. 


  • ·         Diet yang tidak seimbang
Pengambilan diet yang tidak seimbang iaitu pengambilan protein yang tidak mencukupi dan tabiat  makan yang tidak normal juga boleh menyebabkan keguguran rambut tidak normal. Ini adalah kerana rambut diperbuat daripada beberapa bentuk protin sama sebagaimana  yang terdapat pada kuku. Untuk memastikan pengeluaran rambut berlaku secara normal setiap individu haruslah memastikan jumlah protein yang dimakannya mencukupi. Protein boleh didapati daripada daging, ayam, ikan, telur, keju, bijirin dan kacang yang dikeringkan.

·        Ubat-Ubatan
Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat merawat kanser, ubat mencairkan darah, anti kemurungan, penyakit jantung, gaut, tekanan darah tinggi dan dos vitamin A yang berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya keguguran rambut tidak normal.

·        Zat Besi Yang Rendah

Lazimnya perkara ini dihadapi oleh golongan wanita kerana  mereka akan menghadapi kehilangan banyak zat besi setiap kali pusingan haid berlaku.

·        Penjagaan rambut yang kurang sempurna

          Penggunaan produk penjagaan yang mengandungi bahan kimia boleh menyebkan rambut menjadi lemah              dan rosak.

  • ·        Panau

         Fungus yang mengakibatkan panau boleh mereba dan menyebabkan rambut terputus atau gugur.Perkara            ini biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak.
  • ·        Kerap menyikat, memberus / menggunakan shampoo


         Rambut perlu dibilas dengan menggunakan krim pencuci selepas ia di shampoo dan tindakan menggosok           rambut menggunakan tuala ketika ia basah haruslah dielakkan kerana  rambut lebih mudah rosak dalam             keadaan basah. Cara mengikat rambut yang telalu ketat juga boleh mengakibatkan keguguran rambut tidak          normal berlaku.

Bagi anda yang masih tercari-cari produk bersesuai untuk mengatasi permasalahan ini, anda bolehlah mencuba rangkaian produk SHAKLEE. Kenapa Shaklee? Ini adalah kerana Shaklee merupakan rangkaian produk yang HALAL dan SEMULAJADI, bebas daripada BAHAN KIMIA dan Tanpa PARABEN  boleh merbahayakan kesihatan kita.





Set penjagaan rambut / Set keguguran rambut ini terdiri daripada 5 produk utama iaitu penjagaan dalaman dan luaran:-


1.         ENERGIZING SOY PROTEIN




Rambut diperbuat daripada kandungan beberapa jenis protin yang sama untuk pertumbuhan kuku. ESP SHAKLEE merupakan sumber protein soya terbaik yang menyediakan 14 grm protein soya bukan GMO yang berkualii tinggi dengan 9 asid amino penting. ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol. Selain membekalkan tenaga, ia juga menyuburkan kesihatan kulit rambut kuku dan otot.

2.      VITAMIN B COMPLEX

Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.  - Mudah di telan. - Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin . Manfaatnya selain dapat melawan tekanan , ia juga dapat memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban, dan mengekalkan kesihatan rambut.

3.      ZIN COMPLEX




Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian) dan Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan

4.      REVITALIZING SHAMPOO



Diformulasi dengan Humektan dan protin  bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut. Merupakan sistem pembersih yang lembut dan berpaten. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

5.      LEIGHTWEIGHT CONDITIONER

Menampilkan Scalp Health Complex yang menyerap kutikel rambut untuj mengekalkan imbangan PH dan  hidrasi kulit kepala. Bersumberkan tumbuhan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan rambut bebas kusur dan mudah diuruskan.

Untuk set premium rawatan keguguran rambut  anda boleh tambahkan Collogent Powder, bertindak membekalkan nutrisi kepada epidermis rambut, melembabkan rambut dan menghalang pepecahan rambut.

Hubungi saya untuk penerangan dan tawaran harga yang lebih ekslusif  hanya untuk pelangan-pelangan kami di diarishakleeibumin.

Untuk keterangan lanjut hubungi atau whssp sy
Eila pengedar shaklee pilihan anda
0186664485
Cod sekitar JB,MASAI, PASIR GUDANG, SERI ALAM, KLUANG
Perkhidmatan pos untuk mereka di luar kawasan juga disediakan



Monday, March 24, 2014

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU

 Assalammualaikum dan salam sejahtera

Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi berkenaan tips penyusuan susu ibu

Tahukah anda  susu ibu mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh seorang bayi yang sihat kerana ia mengandungi 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula. Bayi yang mendapat penyususan secara ekslusif semala  bulan pertamanya  dikatakan mempunyai tumbesaran yang lebih baik dan sihat berbanding yang tidak diberikan susu ibu.

"Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006, peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus , walaupun ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama. Ini adalah di antara kadar yang paling rendah di Asia Tenggara.Kadar penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi rumusan bayi dan bijirin," " (sumber utusan malaysia)

Menurut sumber yang sama  pertubuhan kesihatan dunia (WHO ) menganggarkan kadar kematian kanak-kanak kurang 5 tahun juga dapat dikurangkan sebanyak 13% hingga 20 % sekiranya penyusuan susu ibu diberikan secara eksklusif untuk tempoh  bulan pertama bayi dan diteruskan sehingga usia 2 tahun atau lebih.


Walaubagaimanapun, saya percaya terdapat juga ibu-ibu diluar sana yang sering runsing memikirkan masalah ketiadaan / kekurangan susu badan. Berikut adalah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu tidak mencuckupi:-
  •  Merokok
  •  Mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi sehari)
  •  Penggunaan ubat penenang
  • Antihistamina atau pil perancang keluarga.
 Berbalik kepada tajuk saya tadi, tips penyusuan susu ibu. Untuk meningkatkan dan meransang lebih susu, para ibu-ibu sekalian bolehlah mencuba panduan berikut:-


  • Galakkan anak menyusu dengan lebih kerap (sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari)
  • Menyusukan bayi anda dalam keadaan selesa
  • Mengambil masa selama 30 minit hingga 40 minit bagi setiap sesi penyusuan.
  • Rajin -rajin kosongkan payu dara  (Lebih kerap bayi menyusu, lebih cepat payu dara kosong, lebih banyaklah susu dapat dihasilkan )
  • Makan makanan yang berkhasiat
  • Banyakkan minum air
Selain itu, bagi menggalakkan lagi penghasilan susu  yang banyak, para ibu sememangnya perlu memastikan pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengandungi kandungan nutrisi yang mencukupi.  Setiap hari, anda perlu makan antara 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2-3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6-7 hidangan karbohidrat seperti nasi, bijirin dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal hidrat dengan meminum sehingga 8 gelas air sehari.

Disebabkan penyususan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak jadi anda masih perlu mengambil supplemen tambahan untuk menampung keperluan zat pemakanan yang diperlukan.  Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium. 

Terdapat juga ibu-ibu yang menyatakan keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakkan amaun susu ibu. Tanggapan ini silap kerana susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. 


Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda bimbang  masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu. 

Oleh itu, bagi memenuhi keperluan  zat tersebut para ibu sekalian boleh lah mencuba untuk mendapatkan suplemen. Tapi harus diingatkan untuk membuat pilihan suplement kita seharusnya peka dan memastikan keselematan pengambilannya. Bagi anda di luar sana yang masih tercari-cari suplemen untuk penyusuan,  anda boleh mempertimbangkan produk keluaran shaklee. Kenapa saya cakap shaklee ?? Ini adalah kerana shaklee merupakan produk semulajadi. Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

    Berikut adalah set penyusuan shaklee yang dicadangkan mengikut keperluan dan kesesuaian bajet anda:-


Penggunaan set penyusuan shaklee ini memang berbalaoi  anda bukan sahaja dapat menyusukan bayi anda bahkan badan juga akan menjadi bertambah bertenaga dan sihat. Jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut dan panduan pengambilan set penyusuan shaklee, anda boleh menghubungi  / whssp saya:
 Eila pengedar shaklee pilihan anda  0186664485

COD sekitar JB,MASAI PASIR GUDANG  SERI ALAM DAN KLUANG

Perkhidmatan Pos Juga Disediakan Bagi Pelanggan Di Luar Kawasan.